Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Produk tak berdaftar: Lelaki, pekerja didenda RM6,000
Published on: Friday, June 24, 2022
Published on: Fri, Jun 24, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Produk tak berdaftar: Lelaki, pekerja didenda RM6,000
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 45 tahun dan pekerjanya warga Indonesia didenda sejumlah RM6,000 kerana mempunyai produk tidak berdaftar.

Abu Barra Berahim dan Melissa Alias ​​mengaku bersalah secara berasingan di hadapan dua Hakim Mahkamah Sesyen berbeza.

Advertisement
Hakim Noor Hafizah Mohd Salim memerintahkan Abu membayar RM2,500 atau penjara 30 hari kerana mempunyai tujuh jenis produk tidak berdaftar pada pukul 6 petang 29 Nov 2019 di Blok SH15-4B-3 di Taman Suria Apartment, di sini.

Sementara itu, Melissa didenda RM3,500 atau penjara enam bulan oleh Hakim Ummu Khaltom Abdul Samad, kerana memiliki 10 kotak Morosil S tidak berdaftar di tempat dan masa yang sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 itu boleh dihukum mengikut Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa rayuan, kedua-dua tertuduh meminta hukuman ringan.

Advertisement
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Anitha Uthayakumaran dari Jabatan Farmasi, yang menjalankan pendakwaan bagi kedua-dua kes, menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kedua-duanya melakukan kesalahan yang boleh membahayakan kesihatan orang ramai kerana produk itu tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here