Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki simpan penutup antena curi dijel 10 bulan
Published on: Friday, June 24, 2022
Published on: Fri, Jun 24, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki simpan penutup antena curi dijel 10 bulan
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 33 tahun pada Khamis dipenjara 10 bulan kerana menyimpan penutup antena dicuri milik sebuah syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi.

Elister Husli mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas tuduhan menyimpan penutup antena Maxis milik Maxis Sdn Bhd yang dicuri pada jam 1 pagi 20 Jun di sebuah rumah di Kg Kionsom Inanam.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu oleh pihak pendakwaan bahawa penutup antena itu didapati dicuri dari tapak pencawang Maxis di Jalan Kokol, Manggatal pada pada 10.25 pagi 6 Jun dan penutup antena tersebut, yang masih baru, diletakkan di tapak itu untuk dipasang pada hari tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Inspektor Kelvan Elson Maik, yang menjalankan pendakwaan, berkata Elister mengaku telah meleburkan aluminium dalam antena itu dan menjualnya kepada kedai besi buruk.

Mahkamah memerintahkan Ester menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap.

Advertisement
Sementara itu, seorang lagi lelaki dipenjara 10 bulan kerana mencuri barang kedai.

Ramlin Abd Azis mengaku mencuri telefon bimbit bernilai RM839 pada jam 2.06 petang 17 Mac di Lam Mobile Enterprise, pekan baharu Inanam.

Advertisement
Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa sebelum kejadian, Ramlin memasuki premis itu dengan alasan mahu membeli telefon bimbit dan sedang memegang satu telefon bimbit jenis Xiaomi Redmi.

Tiba-tiba Ramlin mengambil gajet itu dan berlari keluar dari premis tersebut tanpa membayar.

Ramlin yang tidak diwakili meminta hukuman ringan.

Kelvan memohon hukuman setimpal dan turut memohon Ramlin dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, Ramlin diperintah rujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.

Dalam kes lain, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kepada seorang lelaki berusia 33 tahun kerana memiliki alat pecah rumah.

Cassey Connel Joseph mengaku bersalah memiliki 16 alatan yang terdiri daripada sepana, playar, pemutar skru, dua gunting dan set kunci Allen yang dia tidak dapat berikan alasan yang sah untuk memilikinya, pada jam 9 malam 19 Jun di Teck Guan Villa, Jalan Lido, Penampang.

Kesalahan di bawah Seksyen 18(e) Ordinan Kesalahan Kecil itu membawa hukuman penjara sehingga enam bulan penjara, jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here