Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
PN bincang guna logo PAS pada PRU15, kata Hamzah
Published on: Saturday, June 25, 2022
Published on: Sat, Jun 25, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
PN bincang guna logo PAS pada PRU15, kata Hamzah
Hamzah Zainudin berkata, langkah menggunakan logo PAS merupakan antara strategi gabungan politik Perikatan Nasional (PN) pada PRU15. (Gambar Bernama)
Larut: Perikatan Nasional (PN) sedang membincangkan penggunaan logo PAS pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berkata, langkah menggunakan logo PAS merupakan antara strategi gabungan politik berkenaan pada PRU15.

Advertisement
“Perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat tertinggi dalam PN… hasil perbincangan tersebut akan diumum kemudian,” katanya kepada pemberita pada Majlis Kenduri Kampung Anak Kurau Batu Kurau di sini hari ini.

Semalam, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin dilapor memberi bayangan bahawa parti itu akan menggunakan logo sendiri pada PRU15.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, imej bulan yang terdapat pada logo PAS dilambangkan sebagai bersih dan pihaknya yakin ia mampu memberi kelebihan kemenangan kepada calon parti itu kelak.

Katanya, penggunaan logo itu dijangka memberi kelebihan kepada calon untuk menang kerana ia sudah dikenali sejak 70 tahun lepas.

Advertisement
Sementara itu, Hamzah enggan mengulas tindakan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang menawarkan kerusi Parlimen Pasir Salak kepada Tajuddin Abdul Rahman pada PRU15 selepas beliau digugurkan daripada Majlis Kerja Tertinggi Umno.

“Semua orang boleh buat pandangan atau membuat tawaran begitu dan saya kira itu hanyalah sekadar cadangan.

Advertisement
“Segala keputusan muktamad terletak kepada pucuk pimpinan, jadi saya tidak perlu membuat ulasan lanjut tentang perkara itu,” katanya.

Menyentuh laporan bahawa PAS mahu mempercepat PRU15, beliau berkata, ia boleh diadakan sekiranya semua pihak termasuk rakyat sudah bersedia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here