Kota Kinabalu: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) semakin mantap selepas mengatasi dua cabaran terbesar - krisis kesihatan akibat pandemik Covid-19 dan ketidakstabilan politik di peringkat Persekutuan - sehingga menarik banyak parti politik yang ingin menyertai GRS.Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, antara punca utamanya adalah kerana Kerajaan GRS-BN mempunyai hala tuju - Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) - tidak seperti kerajaan terdahulu yang tidak mempunyai hala tuju dan hanya sibuk berpolitik.





