Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Air Busan sambung semula penerbangan ke Kota Kinabalu
Published on: Sunday, June 26, 2022
Published on: Sun, Jun 26, 2022
Text Size:
Text:
Air Busan sambung semula penerbangan ke Kota Kinabalu
JONISTON dan Noredah bergambar dengan kru pesawat Air Busan.
Kota Kinabalu: Korea Selatan bersedia untuk menjadi penyumbang utama kepada ketibaan pelawat ke Sabah dengan penyambungan semula penerbangan terus Air Busan dari Seoul ke Kota Kinabalu.

Air Busan ialah syarikat penerbangan tambang rendah kedua berpangkalan di Korea yang menyambung semula penerbangan terus dari ibu negara Korea ke Kota Kinabalu pasca-pandemik Covid-19, selepas Jin Air pada 26 Mei.

Advertisement
Penerbangan Air Busan BX 767 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dengan 196 penumpang tiba di KKIA kira-kira jam 11.10 malam dan disambut dengan tabik hormat meriam air.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai, hadir untuk menyambut penumpang yang kesemuanya merupakan pelancong Korea.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman dan Pengurus Kanan Lapangan Terbang KKIA Sunif Naiman turut hadir mengagihkan cenderahati alu-aluan ihsan Pelancongan Sabah.

“Dengan ketibaan syarikat penerbangan Korea di Sabah, kami melihat sedikit peningkatan dalam ketibaan Korea. Kesediaan dan keyakinan rakyat Korea untuk kembali ke Sabah merupakan petunjuk yang baik bagi kami.

Advertisement
“Walaupun kami mahu mempromosikan Sabah kepada pelawat antarabangsa, kami juga mahu menggalakkan penduduk tempatan untuk memanfaatkan penerbangan terus ini dan meneroka Korea,” kata Joniston.

Air Busan kini mengendalikan dua penerbangan mingguan ke Kota Kinabalu, pada Selasa dan Jumaat.

Advertisement
Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang rendah Korea, Jeju Air, dijangka memulakan semula penerbangan terus ke Sabah pada 29 Jun. Buat masa ini, ketiga-tiga syarikat penerbangan itu akan berlepas melalui Incheon.

Joniston dan Noredah berada di Seoul pada awal Mei untuk bertemu dengan pegawai atasan Jin Air, Air Busan, Jeju Air dan beberapa syarikat penerbangan Korea lain serta dua syarikat pelancongan terkemuka, Korea Mode Tour dan Hana Tour.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here