Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Promosikan Tawau sebagai ‘syurga makanan’: Jafry
Published on: Monday, June 27, 2022
Published on: Mon, Jun 27, 2022
Text Size:
Text:
Promosikan Tawau sebagai ‘syurga makanan’: Jafry
TAWAU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin mahu Majlis Perbandaran Tawau membangunkan pelancongan berasaskan makanan atau pelancongan gastronomi.

Ia berikutan, daerah ini yang begitu terkenal dengan statusnya sebagai “Syurga Makanan”.

Advertisement
“Kita mahu menarik pelancong untuk datang ke Tawau untuk merasai atau menikmati makanan yang dijadikan sebagai “ trademark” sesuatu kawasan”.
Masyarakat Tawau yang terdiri daripada pelbagai etnik, mewujudkan variasi citarasa makanan tersendiri yang turut melambangkan tradisi mahupun adat resam yang diamalkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebagai contoh, Masyarakat Bugis cukup dikenali dengan pelbagai adat dan tradisi termasuklah jenis-jenis makanannya yang unik dan menarik dari segi rasa serta cara pembuatannya. Makanan tradisi mereka seperti Burasak, Barobok, Tumbu dan banyak lagi.  Jafry yakin, usaha menarik pelancong Di samping itu, bagi mengukuhkan lagi produk pelancongan gastronomi, Produk dan aktiviti Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) juga perlu terus dibangunkan.

Advertisement
Tawau mempunyai kelebihan pusat pelancongan yang tersendiri khususnya dari segi kekayaan biodiversiti alam semulajadinya.

Antara tempat menarik yang kini sedang dinaiktaraf kemudahan infrastrukturnya adalah termasuk Batu Bersusun, Rumah Api Tinagat dan beberapa tempat lagi.
Advertisement
“Dengan kepelbagaian produk pelancongan ini, pastinya Tawau tidak hanya menjadi tempat persinggahan pelancong tetapi memastikan impian untuk menjadikan daerah ini sebagai destinasi pelancongan dapat dicapai,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Majlis Perbandaran Tawau, pada Ahad.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Sr Mohd Yusrie Abdullah, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Pang Pick Lim@Joseph dan barisan kepimpinan kerajaan negeri. Dalam majlis itu juga, sesi libat urus bersama pengusaha pelancongan di Tawau turut berlangsung bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi selain bertukar pendapat mengenai hala tuju pelancongan berasaskan komuniti.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here