Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kontinjen SKA raih sembilan emas di Filipina
Published on: Tuesday, June 28, 2022
Published on: Tue, Jun 28, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Kontinjen SKA raih sembilan emas di Filipina
KONTINJEN karate Sabah bersama pegawai-pegawai.
Kota Kinabalu: Kontinjen Persatuan Karate Sabah (SKA) merangkul sembilan emas dan tiga gangsa pada Kejohanan Karate Antarabangsa Manuel Veguillas yang diadakan di Music Hall, SM Mall of Asia, Seaside Blvd, Pasay City, Filipina pada 25-26 Jun.

Pemenang pingat emas ialah Alvince Zurizal (kata dan kumite individu lelaki kadet -63kg), Michell Michelin Linus (kumite wanita senior -55kg), Leong Jia Chii (wanita senior -61kg), Pressy Misty Philip (wanita senior +61kg), Josvin Jase (kata individu lelaki senior), Stanley Dulian (kumite senior -55kg), Richal Mattan (kumite senior -60kg) dan pasukan kata lelaki, sementara gangsa disumbangkan oleh Vellcarollyne Agustine (kata individu wanita senior), Iqmal Jafar (kumite lelaki senior -67kg), Muhd Aiman Azlan (kumite lelaki senior +75kg).

Advertisement
Setiausaha Agung SKA, Julian Chin, yang tidak menetapkan sebarang sasaran emas untuk pasukan terdiri daripada 14 atlet yang bakal bersaing di temasya Sukma itu, gembira dengan keputusan tersebut.

“Keputusan itu tidak dijangka dan kami sangat gembira untuk mereka. Bagaimanapun, mereka mesti terus kekal fokus kerana persiapan untuk menghadapi Sukma masih berjalan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Masih banyak kerja yang perlu dilakukan kerana jurulatih Danny (Fredoline) memaklumkan kepada saya bahawa mereka perlu tingkatkan kemahiran teknikal mereka dan kami akan cuba yang terbaik untuk memperbaiki segala kelemahan sebelum temasya sukan itu bermula pada September,” katanya pada Isnin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here