Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
PTI cederakan tunang bekas isteri dijel 13 tahun
Published on: Tuesday, June 28, 2022
Published on: Tue, Jun 28, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
PTI cederakan tunang bekas isteri dijel 13 tahun
Kota Kinabalu: Seorang pendatang tanpa izin berusia 22 tahun dipenjara 13 tahun dan dikenakan tiga sebatan kerana menyebabkan kecederaan parah kepada tunang bekas isterinya.

Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abdul Samad menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Isa Ambarat Bayu yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya pada Isnin.

Advertisement
Mohd Isa telah menyerang Fandi Mohamad Ali dengan menggunakan parang pada jam 6.30 petang 18 Mei tahun ini di jambatan pejalan kaki berhampiran sebuah bank di Putatan.

Kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah memerintahkan Mohd Isa menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 20 Mei tahun ini, dan dirujukkan ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara.

Semasa rayuan, Mohd Isa yang tidak diwakili memohon hukuman ringan.

Advertisement
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Fauzi Acho menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat atas alasan tindakan Mohd Isa membabitkan nyawa seseorang dan ia merupakan satu kesalahan serius kerana dapat dilihat dalam kes ini betapa teruknya kecederaan yang dialami oleh mangsa.

Tambah Fauzi, kes itu melibatkan kepentingan awam dan Mohd Isa juga bukan warganegara Malaysia yang memasuki Sabah secara haram.

Advertisement
Mahkamah diberitahu bahawa kejadian berlaku ketika pengadu dan tunangnya (Fandi) sedang berjalan di kawasan itu untuk pulang ke Kg Tombovo, Putatan apabila Mohd Isa menghampiri tunangnya dan menetaknya beberapa kali dengan parang sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Selepas kejadian itu, pengadu kemudiannya membawa Fandi ke hospital untuk rawatan lanjut sebelum dia membuat laporan polis.

Disebabkan kejadian itu, Fandi telah mengalami kecederaan di kepala, pipi dan tangan. Susulan laporan polis yang dibuat pengadu, Mohd Isa ditahan.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here