Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Syarikat jual produk tanpa lesen didenda RM5,800
Published on: Tuesday, June 28, 2022
Published on: Tue, Jun 28, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Syarikat jual produk tanpa lesen didenda RM5,800
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat didenda RM5,800 kerana menjual produk mengandungi racun tanpa lesen, produk tidak berdaftar dan kosmetik tanpa label.

Limra Multi Trading & Supplies Sdn Bhd melalui Pengarahnya, Asaraf Ali Mohamed Nazar, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abdul Samad, kepada tiga pertuduhan terhadap syarikat itu, pada Isnin.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, syarikat itu didenda RM1,800 kerana memiliki 13 produk tidak berdaftar pada jam 11.30 pagi 23 Okt 2019 di premis syarikat di Jalan Timbuk, Kompleks Sinsuran, di sini.

Antara produk tersebut ialah Maxi-Peel Exfoliant Solution, BL, Surut Ayu, Blue Wizard, Top Man 3, Freshcare Greentea, Freshcare Splashfruity, Freshcare Citrus, Freshcare Sports, Freshcare Lavender , Freshcare Strong, Vimax dan Obat Lintah Warisan Pak Tam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, syarikat itu didenda RM1,000 kerana mempunyai dua jenis kosmetik iaitu Collagen Plus Vit E dan Special UV Whitening tanpa label maklumat di tempat dan masa yang sama.

Advertisement
Bagi pertuduhan ketiga, syarikat itu diperintahkan membayar denda RM3,000 lagi kerana menjual tujuh produk mengandungi racun di mana syarikat itu tidak mempunyai lesen untuk menjualnya, di tempat dan masa yang sama.

Antara racun yang dikesan dalam produk-produk ini ialah Tadalafil, Asid Mefenamik dan Lidocaine, yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952.

Advertisement
Sementara itu, dalam kes berkaitan, pengarah syarikat itu - Asaraf, didenda RM300 atau penjara tujuh hari kerana menjual satu paket Candy B Complex mengandungi bahan racun di mana dia tidak mempunyai lesen menjualnya.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu kepada Asaraf kerana menjual produk mengandungi racun Tadalafil pada jam 11.30 pagi, 23 Okt 2019 di premis Limra Multi Trading & Supplies Sdn Bhd di Jalan Timbuk, Kompleks Sinsuran, di sini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here