Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


‘Tolong selenggara tanaman kamu sendiri’
Published on: Tuesday, June 28, 2022
By: Sidney Skinner
Text Size:

‘Tolong selenggara tanaman kamu sendiri’
PEKERJA DBKK berusaha membersihkan kawasan umum di sekitar rizab parit ini di Luyang.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberi teguran kepada beberapa pembayar kadar di Luyang kerana gagal menyelenggara tumbuh-tumbuhan yang mereka tanam di luar pagar belakang rumah mereka, manakala Majlis Daerah akan meningkatkan usaha untuk menyelenggara tanah kerajaan di tepi jalan perumahan di sebuah kejiranan di Penampang.

Ini berikutan maklum balas berasingan tentang keadaan semak kawasan umum di belakang rumah di Lorong Palas 1B dan di hadapan rumah-rumah berhampiran sebuah kelab rekreasi, di Batu 3 ½ Jalan Penampang.

Seorang jurucakap Jabatan Landskap DBKK mengalu-alukan inisiatif orang ramai untuk menjadikan kawasan rizab parit sebagai kebun persendirian kerana usaha sedemikian mewujudkan ruang yang lebih menyenangkan mata.

PEKERJA Jabatan Landskap bertungkus-lumus membersihkan parit belakang ini di Taman Jindo.

“Ini dibenarkan selagi pekebun menyelenggara tanaman mereka secara tetap,” katanya.

“Kakitangan kami baru-baru ini mendapati bahawa ini tidak dilakukan di satu bahagian Taman Jindo.”

Dia berkata, pokok-pokok pisang, pandan dan kelapa yang rimbun di rizab belakang rumah di situ disifatkan sebagai gangguan, bila tiba masanya untuk membersihkan parit dan memotong rumput di kawasan itu.

“Disebabkan ini, kakitangan kami meminta pemilik untuk tanaman mereka sewajarnya.

“Mereka digesa menjaga tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok mereka dengan mencantasnya dan memastikan ia tidak berpenyakit atau tidak sedap dipandang.

“Dengan cara ini, tumbuh-tumbuhan ini kurang menjadi gangguan atau bahaya awam.”

SEORANG staf Majlis membersihkan parit tepi jalan ini sementara rakannya memotong rumput di situ.

Jurucakap itu berkata pemilik rumah di sini boleh diberi arahan rasmi untuk melupuskan tanaman mereka, jika mereka gagal mematuhi syarat agensi.

“Jika mereka tidak mematuhinya, maka mereka akan dianggap menceroboh tanah kerajaan dan, dengan itu, diminta untuk menebang tanaman hijau mereka dari hartanah ini.”

“Tanah kerajaan” dalam hal ini termasuk rizab pari, tepi jalan dan, dalam sesetengah kes, taman permainan, menurutnya.

“Notis akan dikeluarkan untuk mengarahkan mereka mencabut tanaman mereka. Tindakan lanjut akan diambil terhadap mereka, jika mereka tidak mengendahkan arahan ini.”

Dia tidak menolak kemungkinan DBKK akan mencabut pokok dan tumbuhan ini, jika pemiliknya gagal melakukannya sendiri.

HUMPHREY dari Luyang menyifatkan kawasan di luar pagar belakang rumahnya sebagai menyakitkan mata.

Dia berkata, tiada tindakan telah diambil untuk memotong rumput dan pokok di situ sejak beberapa lama.

“Kawasan ini dipenuhi pokok, tumbuh-tumbuhan dan rumpai yang semak. Ia seolah-olah hutan telah terbentuk di sana,” katanya.

Dia juga mengesyaki tanah ini mungkin menjadi tempat pembiakan haiwan perosak.

“Ular dan tikus masuk ke halaman rumah saya dari kawasan itu.”

PENYELIA tapak Majlis memantau kerja penyelenggaraan di sini.

Dia meluahkan kekecewaannya mengenai kegagalan DBKK untuk menyelenggara kawasan ini “selama berbulan-bulan”.

Humphrey mula-mula memaklumkan kepada agensi bahawa tanah ini telah menjadi semak pada Mei lalu.

“Saya tidak faham bagaimana agensi itu boleh menutup mata terhadap masalah ini selepas sekian lama.”

Selain tidak sedap dipandang, dia berkata tumbuh-tumbuhan itu juga berpotensi menjadi bahaya kebakaran.

Jurucakap itu berkata sepasukan lapan pekerja pergi ke Lorong Palas 1B dua kali pada Jun, selepas agensi itu dihubungi media.

“Mereka cuba sedaya upaya untuk memotong rumput dan membersihkan parit di belakang jalan perumahan itu,” katanya.

“Mereka memerlukan dua kunjungan berasingan untuk menyiapkan kerja ini kerana hujan lebat yang turun dalam tempoh itu.”

Sementara itu, Majlis Daerah mengerahkan beberapa kakitangannya untuk menjalankan kerja serupa di satu bahagian Penampang, selepas seorang pemilik rumah yang tinggal di belakang sebuah kelab rekreasi di kawasan itu mengadu mengenai rumput panjang di tepi jalan perumahannya.

Lalang di sini nampaknya sudah terlalu panjang sehingga menutupi satu lurang yang melimpah di bahu jalan ini.

PEMOTONG rumput juga terpaksa mengelak tanaman persendirian.

Seorang jurucakap Majlis berkata tindakan juga telah diambil untuk mencegah efluen daripada melimpah ke kawasan umum di sana.

“Ini sepatutnya meredakan sementara gangguan yang disebabkan oleh bau busuk dari arah lurang itu,” katanya.

“Kami merancang untuk membina semula lurang itu dalam tempoh jangka panjang dan sedang dalam proses mendapatkan dana untuk melakukan ini.”

Dia berkata kerja-kerja pemotongan rumput dan pembersihan parit biasanya dilakukan sebulan sekali di kawasan kejiranan di kawasan penarafan agensi itu.

“Jika tiada halangan, bahagian berkaitan telah diminta untuk mematuhi jadual ini.

“Penyelia yang ditugaskan untuk mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan di sekitar kelab rekreasi itu diminta membuat pemeriksaan berkala bagi memastikan bahu jalan, termasuk parit, diselenggara dengan baik.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here