Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Isu gangguan kuasa, kualiti kerja tidak memuaskan
Published on: Wednesday, June 29, 2022
Published on: Wed, Jun 29, 2022
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Isu gangguan kuasa, kualiti kerja tidak memuaskan
SISA tong kayu untuk gulungan kabel dilihat di tepi parit ini di Telipok.
SEORANG pelanggan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Penampang kecewa mengenai gangguan yang kerap berlaku di kampungnya, manakala seorang lagi dari Telipok mengadu mengenai keadaan teruk jalan perumahannya selepas dikorek untuk memasang talian kuasa.

Pengadu pertama memberikan Hotline dengan masa dan tarikh gangguan terkini manakala pengadu kedua menyatakan nama jalan yang rosak itu. Maklumat ini telah diserahkan kepada syarikat.

Advertisement
AMOS dari Penampang mengeluh tentang bekalan yang tidak stabil di Kg Gunsing, mengatakan banyak gangguan kuasa berlaku di sana sejak sebulan lalu.

“Pada minggu ketiga bulan Jun sahaja, bekalan terputus tiga kali,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Gangguan ini berlaku pada waktu pagi dan malam. Beberapa kali gangguannya selama berjam-jam.”

Kebanyakan masanya apabila ini berlaku, dia akhirnya terpaksa membuang ikan dan makanan segar lain di dalam peti sejuknya kerana ia sudah basi.

Advertisement
“Banyak peralatan rumah saya rosak kerana gangguan berlaku secara tiba-tiba dan tanpa amaran.

FIUS bagi tiang penyuap di Kg Gunsing, seperti tiang di Taman Austral ini, mudah rosak.

“Dengan cuaca yang panas sekarang, bahangnya sukar ditahan, lebih-lebih lagi tanpa kipas siling atau pendingin hawa.”

Advertisement
Amos berkata bahawa dia sudah serik menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan syarikat mengenai kejadian ini.

“Saya jarang mendapat maklum balas daripada kakitangan selepas saya membuat laporan tentang gangguan.”

Dia berkongsi kekecewaannya dengan beberapa jirannya yang turut tidak berpuas hati dengan masalah elektrik di kampung itu.

“Mereka kata anak-anak mereka sudah banyak kali terpaksa belajar dengan cahaya lilin kerana gangguan yang berlaku.”

Amos berharap SESB akan bertindak serius untuk menambah baik sistem perkhidmatannya di bahagian daerah ini.

“Ini kerana perkhidmatan firma itu, paling baik pun, tidak boleh diharap.

BATU kelikir dituangkan disebahagian Jalan Putera Perdana yang sebelum ini dikorek untuk meletakkan kabel.

“Sekiranya bekalan tidak mencukupi dan tidak lagi dapat memberi perkhidmatan sewajarnya kepada kawasan-kawasan ini kerana pembangunan, pihak pengurusan harus mencari penyelesaian dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengatasinya.

“Syarikat tidak harus hanya melakukan pembaikan sementara.”

Seorang jurucakap SESB berkata siasatan awal mendedahkan beberapa kemungkinan punca masalah elektrik di Kg Gunsing.

“Kami mendapati bahawa ‘outgoing fuseway’ voltan rendah, pada tiang penyuap di sini, mudah meletup mungkin sebab ada kontak longgar atau akibat beban sistem yang berlebihan,” katanya.

“Terdapat juga keadaan apabila dahan pokok berhampiran pepasangan kami telah memintas laluan talian atas, menyebabkan penyuap kami di bahagian daerah ini terpelantik.”

AIR bertakung di bahagian rosak jalan itu apabila hujan.

Dia berkata langkah akan diambil untuk menangani masalah ini.

“Kami sedang berusaha untuk mengukur sebanyak mana beban yang ditampung oleh pencawang kami bagi kampung itu supaya kami dapat mengesan punca gangguan.

“Selain itu, tumbuh-tumbuhan di sekitar kabel-kabel kami juga akan dicantas dan mana-mana tumbuhan menjalar yang tumbuh di atas talian ini akan dibersihkan.”

Jurucakap itu berkata semakan rekod syarikat mendedahkan bahawa bekalan ke Kg Gunsing telah terganggu pada tiga malam berasingan bulan ini: 8, 19 dan 23 Jun.

Sementara itu, dia berkata SESB sedang meneliti dakwaan bahawa kontraktornya gagal membaik pulih satu jalan perumahan di Telipok.

MARK dari Telipok berkata sebahagian Jalan Putera Perdana telah dikorek awal tahun ini untuk membolehkan beberapa kabel elektrik dipasang di bawahnya.

“Kontraktor menuang kerikil ke atas bahagian yang dikorek selepas memasang kabel itu tetapi gagal menurap semula jalan selepas itu,” katanya.

“Peralatan yang digunakan untuk memasang kabel, sudah lama dialihkan jadi nampaknya individu itu tidak akan kembali untuk membaiki jalan ini.”

Dia mengeluh mengenai kesulitan yang dialami oleh pemandu ketika memandu di atas jalan yang rosak ini.

“Memandangkan kekerapan kenderaan menggunakan jalan itu, sebahagian batu kerikil beransur-ansur berselerak, jadi lekukan telah terbentuk di beberapa bahagian jalan itu.

“Bahagian bawah kenderaan kami berisiko tercalar jika kami melalui bahagian jalan yang tidak rata ini.”

Mark berkata, keadaan itu lebih mungkin berlaku apabila hujan, kerana jalan itu sering banjir, menjadikannya hampir mustahil untuk pemandu mengetahui bahagian mana yang rosak.

Dia juga tidak puas hati dengan kegagalan kontraktor membersihkan sisa-sisa yang ditinggalkan selepas kerja pemasangan itu.

Sisa tong kayu, di mana kabel elektrik digulungkan, berselerak di sekitar parit perumahan dan pokok di bahu jalan, menurutnya.

“Saya rasa ia tidak adil untuk SESB mengharapkan penduduk membersihkan sisa-sisa ini.

“Kontraktor itu harus diambil tindakan kerana ‘kerja sembarangan’ melibatkan jalan dan kawasan umum berhampiran."
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here