Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki mengaku tak salah rompak kedai serbaneka
Published on: Thursday, June 30, 2022
Published on: Thu, Jun 30, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki mengaku tak salah rompak kedai serbaneka
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 37 tahun yang didakwa menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita ketika menyamunnya minggu lepas, menghadapi satu lagi tuduhan merompak sebanyak RM1,677.35 dari sebuah kedai serbaneka 24-jam.

M.Sharif Shakhandar Benjamin mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, kepada pertuduhan terhadapnya pada Rabu. Dia didakwa merompak premis Orange Convenient Store Sdn Bhd di Jalan Laiman Diki, Kg Air pada jam 3.20 pagi, 18 Mei tahun ini.

Advertisement
Kesalahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 10 Nov untuk pengurusan kes pra-perbicaraan melalui Zoom dan 30 Nov untuk mendengar kes itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
M.Sharif diperintah reman lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus manakala M.Sharif tidak diwakili peguam.

Advertisement
Pada Khamis lalu, M.Sharif telah meminta dibicarakan bagi tuduhan mencederakan seorang wanita menggunakan pemutar skru semasa menyamunnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here