Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah daftar Kinabatangan tapak rizab biosfera dunia
Published on: Thursday, June 30, 2022
Published on: Thu, Jun 30, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah daftar Kinabatangan tapak rizab biosfera dunia
SUNGAI Kinabatangan, yang merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia, mengekalkan salah satu ekosistem terkaya di dunia. – fotoBERNAMA
KINABATANGAN: Kerajaan Sabah dalam usaha mendaftarkan Kinabatangan sebagai tapak rizab biosfera di bawah program Manusia dan Biosfera (MAB) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin (gambar) berkata ia sebagai pengiktirafan daerah berkeluasan 6,605 km persegi itu terhadap sumber semula jadi dengan pelbagai fungsi ekologi penting serta landskap Kinabatangan yang unik dan kaya dengan biodiversiti.

Advertisement
“Sekiranya berjaya maka Kinabatangan akan menjadi tapak rizab kedua di Sabah selepas Banjaran Crocker dan keempat di Malaysia.

“Dengan pengiktirafan ini, masyarakat antarabangsa akan tertumpu ke Kinabatangan, khususnya Sukau, untuk menikmati alam sekitar lestari yang cukup dijaga dengan pembabitan komuniti tinggal dalam sekitar kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Biodiversiti Sedunia di sini pada Selasa.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau itu berkata perjalanan ke arah mendapatkan pengiktirafan berkenaan dijangka mengambil masa dua tahun menerusi pelaksanaan proses konsultasi oleh Pusat Biodiversiti Sabah dengan pihak pemegang taruh termasuk masyarakat setempat bermula Julai ini.

Katanya, dapatan daripada konsultasi itu adalah sebahagian keperluan bagi dokumen pencalonan yang akan dihantar ke Unesco melalui kerajaan Persekutuan.

Advertisement
“Melalui program MAB ini, satu pelan pengurusan bersepadu berdasarkan perundangan Sabah yang sedia ada akan dibangunkan dengan penglibatan semua pemegang taruh di Kinabatangan.

“Zon pengurusan yang mempunyai objektif tersendiri seperti Zon Teras, Zon Penampan dan Zon Transisi akan dikenal pasti agar semua pemegang taruh mempunyai peranan harus dimainkan dan seterusnya mendapat manfaat sewajarnya daripada sektor ekonomi terhasil daripada pengiktirafan antarabangsa ke atas tapak ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here