Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Giant killer’ Sabah, Kadoh Agundong meninggal dunia
Published on: Friday, July 01, 2022
Published on: Fri, Jul 01, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Giant killer’ Sabah, Kadoh Agundong meninggal dunia
Mendiang Datuk Kadoh Agundong
Kota Kinabalu: Veteran politik Sabah yang juga digelar ‘giant killer’ Datuk Kadoh Agundong, meninggal dunia di Hospital KPJ Damai dekat sini akibat sakit tua pada kira-kira 12 tengah malam Rabu.

Berita itu disahkan oleh sepupu mendiang, Stanis Buandi ketika ditemui pada persidangan perwakilan tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hakka di sini, Khamis.

Advertisement
“Ya, mendiang (Kadoh) lama sudah sakit tenat sebelum dimasukkan ke KPJ beberapa bulan lepas dan semalam beliau meninggal dunia,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Khamis.

Kadoh, 74, meninggalkan isteri Datin Catherine Soledad Kadoh, 60, dan empat orang anak serta sembilan cucu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mendiang mewakili PBS, terkenal dengan nama gelaran ‘giant killer’ kerana berjaya menumbangkan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh dari Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya), pada Pilihan Raya Negeri Sabah 1985.

Mendiang yang berasal dari daerah Tenom merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap dan bekas Ahli Parlimen Ulu Padas kini dikenali Parlimen Tenom.

Advertisement
Sepanjang berkecimpung dalam politik, Kadoh pernah menggalas jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Sabah serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri pada era kerajaan PBS.

Beliau juga pernah menyandang jawatan Naib Presiden PBS pada era 80-an bagaimanapun mengumumkan menyertai Parti Warisan pada 21 Dis 2019. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here