Kota Kinabalu: Atlet gimnastik Sabah yang akan beraksi di Sukma berada di landasan terbaik untuk memenangi pingat pada sukan dwitahunan itu di Kuala Lumpur September ini selepas memenangi satu emas dan tujuh gangsa dalam acara senior pada Kejohanan Gimnastik Artistik Kebangsaan yang diadakan di Gimnasium 3 Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.Pasukan lelaki terdiri daripada Brandon Denoley Luise, Ammar Zafi Mohd Firdaus, Jacob Hezron Andreas, Liew Jun Xiang, Charlie Richie Chong dan Abd Izzat Daniel Abd Rauf memenangi satu-satunya emas dalam acara berpasukan senior.





