BADAN pelesenan muzik, Music Rights Sabah (MRS) Berhad akan memulakan operasi pelesenan bagi sebarang bentuk kepenggunaan lagu, lirik dan muzik etnik tempatan dalam semua acara atau majlis, premis serta new media (stesen radio tempatan utama) di Sabah dan Labuan bermula 1 September 2022.Menurut Pengarah Urusannya, Asmin Mudin, selaras dengan Akta Hak Cipta 1987 serta pengiktirafan MRS sebagai badan pelesenan hak cipta bagi lagu, lirik dan muzik etnik tempatan Sabah dan Labuan sejak Januari 2022, Music Rights Sabah bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan oleh seluruh ahlinya.





