Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
PTI culik, cederakan dan rogol kanak-kanak dipenjara, sebatan
Published on: Friday, July 01, 2022
Published on: Fri, Jul 01, 2022
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
PTI culik, cederakan dan rogol kanak-kanak dipenjara, sebatan
Tertuduh (tengah) dibawa keluar dari mahkamah.
TAWAU: Seorang pendatang tanpa izin (PTI) berusia 22 tahun yang menculik, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dan kemudian merogolnya ketika dia sudah pengsan, dijatuhi hukuman penjara 28 tahun dan diperintahkan untuk dikenakan 27 kali sebatan rotan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Amir Shah Amir Hassan yang duduk sebagai Hakim Mahkamah Sesyen, menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Tahir Abraham selepas dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Advertisement
Ketika menjatuhkan hukuman itu, Amir berkata mahkamah mempunyai kewajipan untuk menjatuhkan hukuman berat kepada tertuduh bagi memberi pengajaran dan peringatan kepadanya serta yang lain supaya tidak melakukan kesalahan sama.

Beliau berkata tindakan Mohamad itu sangat kejam, tidak berhati perut dan lebih teruk daripada binatang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Amir menambah, rayuan Mohamad hanya semata-mata untuk meminta hukumannya diringankan tanpa menunjukkan rasa kesal atau simpati.

Menurutnya, mahkamah telah menimbangkan sepenuhnya kepentingan mangsa yang mengalami gangguan fizikal, mental dan emosi, yang mana diambil kira dalam membuat keputusan itu.

Advertisement
“Perbuatan seperti ‘binatang’ harus dihukum umpama ‘binatang’… Dengan itu, tertuduh harus menerima kesan dan akibat daripada perbuatannya sendiri,” katanya.

Atas pertuduhan pertama, Mohamad, yang merupakan nelayan, dipenjara 20 tahun serta 18 sebatan kerana merogol kanak-kanak itu antara pukul 8.50 malam dan 9 malam pada 7 April 2021 di kawasan semak di hadapan rumah mangsa di Semporna, dekat sini .

Advertisement
Kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan diperinta dikenakan dua kali sebatan kerana menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa sama dengan menumbuk kepala dan dadanya, menampar mukanya, mencekik lehernya dan menendangnya dari belakang di tempat dan masa sama.

Atas pertuduhan ketiga, Mohamad dipenjarakan lagi empat tahun dan diperintah dikenakan dua kali sebatan kerana menculik kanak-kanak itu.

Mahkamah memerintahkan Mohamad menjalani hukuman penjara itu berturut-turut dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Semasa mitigasi, Mohamad yang tidak diwakili merayu hukuman ringan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dengan mengambil kira kepentingan awam dan trauma yang dialami mangsa akibat kekejaman Mohamad.

Mohd Suhaimi berkata Mohamad sangat kejam dan lebih teruk daripada ‘binatang’.

Mahkamah diberitahu ketika kejadian itu, Mohamad menutup mulut mangsa sebelum menariknya keluar dari rumah dan dibawa ke kawasan semak berhampiran rumah mangsa sejauh 200 meter. Mangsa kemudian dibaringkan di atas tanah dan ditumbuk di kepala, mata, mulut dan dada ditampar, dicekik di leher dan ditendang beberapa kali sehingga pengsan dan kemudian merogolnya.

Selepas merogol kanak-kanak itu, Mohamad meninggalkan tempat kejadian dan pergi ke majlis perkahwinan di kampung itu.

Laporan polis dibuat oleh nenek mangsa, 42, selepas mangsa ditemui pada jam 5.30 pagi keesokan harinya dalam keadaan cedera parah oleh penduduk kampung. Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang semalaman di lokasi.

Mohamad ditahan pada 8 April, 2021 jam 3.30 petang di kampung itu berikutan laporan polis.

Pemeriksaan hospital mendapati terdapat koyakan baharu di bahagian sulit mangsa, lebam di mata, muka dan patah tulang selangka serta gigi patah kerana ditumbuk oleh Mohamad.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here