DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memantau jalan raya di Kg Likas bagi memastikan pejalan kaki yang datang ke masjid untuk menunaikan solat pada waktu malam tidak dikejar anjing liar.
Agensi itu juga meminta seorang pemilik anjing di Kepayan untuk memastikan anjingnya berada di dalam perkarangan rumahnya.
Ini susulan maklum balas seorang jemaah dari Penampang yang hampir digigit ketika pergi menunaikan solat untuk arwah neneknya pada pertengahan bulan Jun.
Seorang penduduk di Kepayan, sementara itu, meluahkan rasa tidak puas hati mengenai kekotoran di jalan perumahan, di mana dia tinggal, apabila haiwan peliharaan jirannya menyelongkar tong sampahnya atau menjadikan bahu jalan sebagai tandas.
Kedua-dua individu itu memberikan Hotline nama jalan perumahan di mana anjing-anjing ini dikesan. Maklumat ini dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar agensi berkenaan.
Jurucakap jabatan itu berkata Bahagian Kawalan Haiwan (ACD)nya memeriksa Jalan Kg Likas, di mana masjid Jamek terletak, dan mengesahkan kehadiran anjing liar di kawasan itu.
“Kakitangan kami berjaya menangkap empat daripada lima ekor anjing itu apabila mereka pergi ke kawasan itu sekitar jam 9 pagi, sehari selepas mengetahui apa yang berlaku kepada pemandu itu,” katanya.
“Anjing-anjing ini nampaknya bukan milik sesiapa kerana tiada teg di leher haiwan ini.”
Beliau berkata pemeriksa Bahagian itu sedang cuba menentukan dari mana anjin berkenaan datang.
“Semasa cuba mencari punca masalah ini, ACD akan membuat lawatan rutin ke kawasan itu untuk menangkap seberapa banyak anjing liar.”
Jurucakap itu berkata, lawatan terbaru adalah pada petang Selasa.
“Walaupun memeriksa dari satu ke satu tempat, kakitangan tidak nampak sebarang anjing liar berhampiran masjid.”
Sementara itu, seorang pemilik rumah di Taman Selesa diarah untuk memastikan haiwan peliharaannya tidak mengganggu orang ramai di bahagian Kepayan ini, menurutnya.
Katanyta, notis arahan itu diberikan kepada individu terbabit pada 17 Jun, yang memaklumkan bahawa dia boleh didapati melanggar Undang-undang Kecil (Kawalan dan Pendaftaran Anjing) 1963 DBKK.
Katanya, pemilik itu juga diminta untuk membaiki kerosakan pada pagar depan rumahnya.
“Kakitangan ACD, yang memeriksa rumahnya, mendapati anjing-anjingnya diikat di dalam perkarangan rumahnya tetapi mendapati terhadap lubang di pintu pagar depannya di mana anjing-anjing itu boleh keluar.
“Pemilik itu bersetuju untuk memindahkan anjing-anjingnya ke halaman belakang dan memasang penghadang di pagarnya untuk mengelakkan anjingnya terlepas dari halaman rumahnya.”
Pemilik anjing akan diberi tempoh selama dua minggu untuk mematuhi arahan ini, menurutnya.
“Sekiranya masalah ini berterusan, tindakan lanjut akan diambil terhadapnya.”
Jurucakap itu berkata ini adalah kali kedua pasukan dari bahagian itu pergi ke rumah berkenaan.
“Semasa pemeriksaan awal pada Mei, mereka menemui dua ekor anjing miliknya di jalan perumahan.
“Mereka mengesyaki anjing ini keluar dari pagar berkenaan ketika dia memandu keluar kerana dia tidak mengikat haiwan ini terlebih dahulu.”
Katanya, dia ditegur atas insiden itu dan diminta untuk lebih berhati-hati dalam menjaga haiwan peliharaannya.
“Pemeriksaan susulan telah dilakukan tiga minggu kemudian, yang mana ketika itu, kakitangan ACD mendapati haiwan peliharaannya diikat di dalam halaman rumahnya.”
FAUZAN dari Penampang menyedari sekumpulan anjing liar berkeliaran di jalan raya berhampiran masjid di Kg Likas awal bulan ini.
Dia beranggapan anjing itu mungkin keluar pada waktu malam, apabila cuaca lebih sejuk.
“Pada malam pertama, ketika saya pergi menunaikan solat untuk arwah nenek saya, saya dapat mendengar anjing berkumpul di belakang saya,” katanya.
Fauzan bernasib baik kerana sempat berlari masuk ke pintu depan masjid tanpa sebarang insiden.
Dia berharap DBKK dapat meneliti masalah ini sebelum ada jemaah masjid mengalami kecelakaan.
SYNTION dari Kepayan berkata seorang pemilik anjing di kawasannya membenarkan dua ekor anjingnya berkeliaran di jalan perumahan, walaupun ketika dia tiada di rumah.
Katanya, anjing berkenaan menyelit keluar dari lubang pagarnya untuk berak di kawasan umum sekitar Taman Selesa.
“Kami perlu memeriksa tepi jalan, sebelum kami meninggalkan atau pulang ke rumah kami, untuk mengelak secara tidak sedar terpijak najis itu,” katanya.
“Kami semua sudah tidak tahan kerana terpaksa mencuci kawasan di luar pintu pagar depan kami apabila rumah kami digunakan sebagai tandas oleh haiwan ini.”
Katanya, anjing-anjing itu juga mempunyai tabiat menyelongkar tong sampah di sepanjang Lorong Rampai untuk mencari makanan.
Syntion berkata pemilik haiwan ini nampaknya tidak peduli bahawa haiwan peliharaannya menjadi gangguan awam.
“Beberapa orang yang tinggal di sini pernah menyuarakan rasa tidak senang mereka tentang kejadian ini kepadanya tetapi, setakat ini, rayuan mereka tidak didengari.”