Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri bersetuju menubuhkan sebuah pusat rujukan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga sejarah penubuhan Malaysia.Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata MA63 adalah sijil kelahiran Persekutuan Malaysia yang bukan sahaja menjadi milik tetap, malah menjadi buku rujukan selama-lamanya.
“Hakikatnya, MA63 adalah dokumen milik bersama sebagai kontrak yang memeterai penubuhan Persekutuan Malaysia dan mengikat semua rakyat Malaysia.
“Dengan kesedaran itu, kami bersetuju dengan saranan untuk mewujudkan pusat rujukan mengenai MA63 dan pada masa yang sama berkaitan dengan sejarah penubuhan Malaysia seperti yang dinyatakan oleh Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS),” kata Hajjiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS ke-36 dan ke-37 di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, Jumaat.
Advertisement





