Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sistem cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Published on: Saturday, July 02, 2022
Published on: Sat, Jul 02, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sistem cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Masidi (kiri) berkata sistem tersebut dibangunkan untuk usaha mengekang perkara berkenaan daripada berterusan.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah akan mewujudkan sistem bersepadu secara dalam talian antara Kementerian Kewangan negeri dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat berkaitan di negeri itu.

Menteri Kewangan II Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata sistem tersebut dibangunkan untuk usaha mengekang perkara berkenaan daripada berterusan.

Advertisement
“Saya mengambil perhatian serius berikutan kes melibatkan aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat terlibat kepada Kementerian Kewangan Sabah yang dilaporkan melalui sesi khidmat nasihat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.
“Oleh itu, langkah menambahbaik proses-proses penguatkuasaan serta kutipan akan dilakukan termasuk pindaan (jika perlu) ke atas undang-undang dan peraturan bagi memastikan ketirisan tidak berlaku selain menjaga kepentingan kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Satu unit pasukan khas juga akan dibentuk melibatkan kementeriannya bersama  MPOB dan SPRM bagi mengutip semula cukai jualan sekiranya ada yang masih belum diisytiharkan.

Masidi berkata kementeriannya turut bersetuju memberikan tempoh moratorium Bayaran Balik Cukai kepada syarikat terlibat.

Advertisement
“Syarikat-syarikat boleh memohon untuk taksiran semula sekiranya mereka membuat pengisytiharan butiran tidak betul kepada Kementerian Kewangan Sabah dan membayar cukai  sebenar selepas taksiran dibuat oleh kementerian.

“Kerajaan Sabah akan sentiasa menyokong dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam usaha pencegahan rasuah di negeri ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here