Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kelindan maut, pemandu parah lori tertembung lori tangki
Published on: Saturday, July 02, 2022
Published on: Sat, Jul 02, 2022
By: Efa Rizan
Text Size:
Text:
Kelindan maut, pemandu parah lori tertembung lori tangki
LORI NPR terbalik ke sisinya, sementara lori tangki itu rosak teruk.
LAHAD DATU: Seorang kelindan berusia 19 tahun maut manakala pemandu sebuah lori NPR cedera parah apabila kenderaan mereka bertembung dengan sebuah lori tangki di Jalan Segama, di sini pada Jumaat.

Kejadian jam 5.20 pagi itu menyaksikan Muhamad Raziq Ikhwan meninggal dunia akibat kecederaan di tempat kejadian, yang disahkan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM).

Advertisement
Difahamkan, lori tangki itu menghala ke Sukau dari Lahad Datu manakala lori NPR itu menuju ke Tawau dari Kota Kinabalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.21 pagi dan mengerahkan tujuh anggota bersama sebuah jentera dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) ke tempat kejadian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sejurus tiba, pasukan itu mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah lori tangki dan lori NPR. “Pemandu lori NPR cedera parah sementara kelindannya meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tangki itu tidak cedera.

Advertisement
“Pasukan EMRS memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera parah sebelum dibawa ke hospital dengan ambulans.

“Pihak kami kemudian menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian sebelum menamatkan operasi pada jam 7.50 pagi,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here