Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Anggota PGA didakwa minta, terima rasuah
Published on: Saturday, July 02, 2022
Published on: Sat, Jul 02, 2022
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Anggota PGA didakwa minta, terima rasuah
SANDAKAN: Seorang penjawat awam berusia 42 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk menguruskan kad pengenalan seorang wanita, di sini, enam tahun lalu.

Faridun Kasim yang hadir di hadapan Hakim Abu Bakar Manat mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Faridun didakwa meminta suapan RM4,000 sebagai imbuhan membantu menguruskan kad pengenalan seorang wanita berusia 51 tahun di Jabatan Pendaftaran Negara.

Faridun merupakan Koperal Perisikan Pasukan Gerakan Am (BN20) Beluran ketika itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau yang mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan kedua, Faridun didakwa menerima rasuah RM1,400 daripada seorang lelaki berusia 77 tahun pada 23 Dis 2016, di sebuah bank di sini sebagai imbuhan menguruskan pengeluaran kad pengenalan wanita itu.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 itu yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Abu Bakar menetapkan 29 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Advertisement
Faridun dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan deposit RM4,000 dan seorang penjamin sementara menunggu tarikh itu.

Pasport Faridun juga disimpan oleh mahkamah dan dia dilarang berhubung dengan saksi pendakwaan serta perlu melapor diri di pejabat SPRM berhampiran mengikut jadual yang ditetapkan.

Pendakwaan dijalankan oleh pegawai SPRM Rekhraj Jaswant Singh, sementara Faridun diwakili peguam Rowiena Rasid. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here