KENINGAU: Keadaan politik yang tidak stabil di peringkat Persekutuan memberikan pilihan kepada rakyat Sabah untuk menyatukan kekuatan politik di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, Sabah memerlukan kekuatan politik untuk meneroka hasil dalaman yang lebih lumayan bagi membantu rakyat Sabah.





