Kota Kinabalu: Kira-kira 30 belia daripada Pakatan Harapan Sabah dan Muda Sabah mengadakan perhimpunan aman di Jalan Gaya, Ahad, untuk menuntut Kerajaan melakukan sesuatu mengenai kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan inflasi.Mereka membangkitkan hak perlembagaan Sabah di bawah Perjanjian Malaysia kepada 40 peratus hasil yang Kerajaan Persekutuan kutip setiap tahun dari Sabah.
Hadir sama, Ketua Pemuda Upko Felix Joseph Saang, Penolong Setiausaha Penganjur Dapsy Kebangsaan Kaven Lee, Ketua Biro Kebangsaan Dapsy Milenial Chan Loong Wei, Pengerusi Muda Sabah Amos Thien dan Ketua Penerangan AMK Sabah Razeef Rakimin.
Advertisement





