PENAMPANG: Barisan Nasional (BN) akan terus memperjuangkan Undang-undang Anti Lompat Parti bagi memastikan landskap politik yang stabil di Sabah dan negara, kata Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup (gambar).Timbalan Menteri Kerja Raya itu berkata kestabilan politik adalah penting bagi memastikan parti itu dapat terus menjaga kebajikan rakyat dan merealisasikan rancangan pembangunan sedia ada.
“BN akan melaksanakan satu lagi transformasi yang akan memanfaatkan Malaysia, dan mengembalikan kestabilan serta integriti demokrasi negara kita melalui Undang-undang Anti Lompat Parti.
Advertisement





