Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Semak segera agensi, GLC Sabah: KM
Published on: Tuesday, July 05, 2022
Published on: Tue, Jul 05, 2022
Text Size:
Text:
Semak segera agensi, GLC Sabah: KM
FotoBERNAMA.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan semakan segera perjanjian dan kontrak melibatkan semua agensi negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak menunjukkan prestasi baik dan merugikan Kerajaan.

Beliau turut mengingatkan pegawai yang ditugaskan untuk menandatangani perjanjian dan kontrak terbabit, supaya mengambil kira kepentingan Negeri.

Advertisement
“Saya ingin tegaskan di sini bahawa mana-mana agensi kerajaan apabila membuat perjanjian mesti pastikan (perjanjian) mengambil kira kepentingan Negeri. Pegawai terbabit, termasuk pegawai undang-undang, perlu melihat dan membaca dengan teliti setiap kandungan perjanjian itu,” katanya.

Ketua Menteri, yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Ke-120 Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah Siri Bil 1/2022 di Menara Kinabalu, di sini, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar; Ketua Konservator Hutan Datuk Frederick Kugan; Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah dan pegawai kanan.

Ketua Menteri turut mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan pelantikan ahli lembaga pengarah baharu iaitu Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Zainudin Aman serta Pengarah Pendidikan Sabah Tah Nia Jaman, dan mahu mereka bekerjasama membantu Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) untuk terus cemerlang pada masa akan datang.

Advertisement
Dalam pertemuan itu, Hajiji turut mengumumkan pencapaian ICSB, cabang pelaburan KYS, yang berjaya meningkatkan keuntungan sebelum cukainya kepada RM424 juta berbanding RM112 juta pada 2020.

“Peningkatan ini ialah RM312 juta atau empat kali ganda tahun sebelumnya. Ini menjadikan ia peningkatan tertinggi dicatatkan ICSB dalam tempoh sembilan tahun,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Hajiji berkata bagi hasil Kumpulan ICSB, terdapat peningkatan nyata daripada RM819 juta pada 2020 kepada RM1.2 bilion pada 2021. Peningkatan sebanyak 45 peratus atau RM369 juta itu adalah yang tertinggi dicatatkan oleh ICSB sejak 2013.

“Bagi KYS, lebihan sebelum cukai pada 2021 ialah RM358.12 juta, berbanding lebihan pendapatan sebelum cukai 2020 sebanyak RM18.5 juta, iaitu meningkat RM339.62 juta,” katanya.

Peningkatan nyata dalam lebihan pendapatan sebelum cukai pada 2021 adalah disebabkan oleh peningkatan hasil pada 2021 yang berjumlah RM1.2 bilion berbanding 2020 yang berjumlah RM830.43 juta.

Ketua Menteri juga mahu melihat anak syarikat ICSB diperkasakan supaya tidak menjadi beban dan masalah kepada Yayasan Sabah.

“Dengan pelantikan Pengerusi Lembaga Pengarah dan Lembaga Gabenor Universiti Kolej Yayasan Sabah (UCSF) dan Naib Canselor baharu misalnya, kami berharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi UCSF.

“Begitu juga dengan Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS), saya mahu masalah yang dihadapi diselesaikan dengan cepat supaya dapat menarik lebih ramai pelajar baharu, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Sabah melanjutkan pelajaran khususnya dalam bidang teknikal, “ katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here