Kota Kinabalu: Presiden Warisan Datuk Shafie Apdal mempersoalkan saranan timbalan pengerusi BN Dato’ Mohamad Hasan supaya Sabah menandatangani Perjanjian Malaysia baharu bagi merealisasikan hak dan tuntutan negeri ini, dan bukannya yang ditandatangani pada 1963 membabitkan Britain, Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura.“Kenapa kita perlu ada Perjanjian Malaysia baharu sedangkan kita sudah meluluskan Perjanjian Malaysia 1963 di Parlimen untuk ada dalam Perlembagaan. Tunaikan saja perjanjian itu termasuk hak-hak dan kuasa Sabah dan Sarawak.
“Apa maksud beliau (Mohd Hasan), seolah-olah mereka tidak mengiktiraf pembentukan Malaysia. Anda mahu Sabah keluar dari Malaysia, begitu? Anda tidak mengiktiraf perjanjian yang ditandatangani oleh pemimpin kita dahulu?”
Advertisement





