Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Putus kerjasama dengan PH untuk mudah tanding seluruh Sabah, kata Warisan
Published on: Tuesday, July 05, 2022
Published on: Tue, Jul 05, 2022
By: FMT
Text Size:
Text:
Putus kerjasama dengan PH untuk mudah tanding seluruh Sabah, kata Warisan
Ketua Penerangan Warisan Ahmad Sah Sahari berkata rakyat Sabah mahukan parti tempatan memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri. (Gambar Facebook)
Kota Kinabalu: Keputusan Warisan memutuskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), sebelum ini, bagi memudahkan parti itu membuat keputusan bertanding di seluruh Sabah pada pilihan raya akan datang, kata ketua penerangannya Ahmad Sah Sahari.

Beliau berkata, keputusan untuk “berpecah” dengan PH juga dibuat kerana Warisan mendapati rakyat Sabah mahukan parti tempatan memegang tampuk pemerintahan kerajaan seterusnya mentadbir negeri itu.

Advertisement
Katanya, kenyataan presiden Shafie Apdal yang mengatakan Warisan sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana gabungan politik yang memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) juga telah disalah tafsir.

“Saya ingin menjelaskan bahawa ketegasan Warisan untuk memutuskan kerjasama dengan PH bukanlah kerana tidak suka PH, keputusan ini adalah bagi memastikan agar Warisan lebih mudah membuat keputusan untuk bertanding di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seluruh Parlimen di Sabah serta beberapa kawasan Parlimen di Semenanjung.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Warisan mendapati rakyat Sabah mahukan parti tempatan untuk memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Sah yang juga ADUN Petagas berkata, sentimen itu jelas kelihatan di Sabah dan kesedaran rakyat untuk memilih parti tempatan semakin meningkat.

Advertisement
“Ini ditunjukkan dengan jelas dalam keputusan pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-16 lalu, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya menang 14 kerusi DUN manakala Bersatu meraih 11 kerusi, menjadikan 25 kerusi DUN yang dikuasai BN dan Bersatu atau hanya kira-kira satu pertiga daripada jumlah keseluruhan 73 kerusi DUN Sabah.

“Pada PRU 2018, BN yang berkuasa sejak 1994 hanya berjaya memenangi 27 kerusi DUN daripada jumlah keseluruhan 60 kerusi iaitu kurang daripada 50% dan 27 kerusi yang dimenangi BN itu termasuklah beberapa kerusi dimenangi parti tempatan seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Upko dan STAR,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata, Warisan menjangkakan trend sokongan kian berkurangan kepada parti politik luar akan berterusan kerana rakyat Sabah sudah semakin bijak dan berani membuat keputusan untuk memastikan politik negeri itu kekal stabil dan dikuasai oleh parti politik tempatan yang berintegriti.

Setakat ini katanya, Warisan telah beberapa kali menawarkan diri menjalin kerjasama dengan PBS untuk menghadapi PRU15 yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

“Sama-samalah kita nantikan sama ada PBS bersetuju atau tidak untuk bekerjasama dengan Warisan.

“Ramai pemimpin dan penyokong akar umbi PBS dan Warisan amat bersetuju dengan jajaran politik baharu, PRN dan PRU akan datang bukan sekadar mahu berkuasa tetapi lebih ke arah memperbetulkan hala tuju negara selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pencabulan MA63 telah menggagalkan aspirasi penubuhan Persekutuan Malaysia. Sabah adalah wilayah yang terkaya di dalam Persekutuan Malaysia, tetapi menjadi negeri yang miskin kerana sistem pengagihan hak yang tidak dilakukan mengikut MA63,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here