Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Nurul Alyssa juara Master Kejohanan Boling Tertutup Sabah
Published on: Wednesday, July 06, 2022
Published on: Wed, Jul 06, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Nurul Alyssa juara Master Kejohanan Boling Tertutup Sabah
NURUL bersama hadiah kemenangannya.
Kota Kinabalu: Nurul Alyssa Junaidi merangkul gelaran Master Kejohanan Boling Tertutup Sabah selepas menewaskan Emmanuel Fo Yung Khee 213-190 di final yang diadakan di KK Galaxy Bowl, Centre Point pada Ahad lalu.

Dia membawa pulang hadiah tunai RM6,000, sementara Emmanuel menerima RM4,000 dan RM1,500 dimenangi oleh Sushanor Sihanor yang sebelum itu tewas di semi final step ladder kepada Emmanuel.

Advertisement
Seramai 103 pemain mengambil bahagian dalam kejohanan selama sebulan itu yang dianjurkan oleh Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah (Baru).

Pemenang dalam semua kategori ialah Nurul Alyssa Junaidi (Divisyen Satu), Emmanuel Fo Yung Khee (Divisyen Dua), Dieny Justin (Divisyen Tiga), Dennis Lai Teck Leong (Divisyen Empat), Aaron Liew (Divisyen Lima), Nur Aleeya Syakirah (Divisyen Belia), sementara pemenang roll-off khas ialah Aaron Liew (Graded), Sulaiman Abdul Razak (Spinners Classic), Emmanuel Fo (Belia Bawah-18) dan Muhammad Zaki Abdul Rahman (Belia Bawah-12).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hadiah-hadiah disampaikan kepada pemenang oleh pegawai pembangunan sukan Majlis Sukan Sabah, Amirul Sofie diiringi oleh Presiden Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah, Rozzainny Sham Talip dan naib presiden Aisyah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here