Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiada keperluan laksana Perjanjian Malaysia baharu: Azhar
Published on: Wednesday, July 06, 2022
Published on: Wed, Jul 06, 2022
Text Size:
Text:
Tiada keperluan laksana Perjanjian Malaysia baharu: Azhar
Kota Kinabalu: Cadangan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengusulkan Perjanjian Malaysia Baharu  sebagai jalan ke hadapan yang lebih konkrit, disifatkan tidak menghormati serta menyinggung perasaan rakyat di negeri ini.

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Warisan, Azhar Matussin (gambar), berkata Mohamad (Tok Mat) sepatutnya menggesa agar Umno dan Barisan Nasional (BN) merealisasikan hak serta tuntutan negeri Sabah seperti mana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Advertisement
Katanya, MA63 harus ditunaikan dengan apa cara sekalipun kerana ia adalah asas kepada titik permulaan kejayaan, namun sehingga hari ini tidak pernah direalisasikan mereka.

“Rakyat Sabah sangat terkejut dengan kenyataan ini yang mencadangkan MA63 perlu diperbaharui untuk mengembalikan semula hak serta keistimewaan negeri Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Perlu diingat…..MA63 ialah satu perjanjian yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dengan United Kingdom. “Tok Mat harus tahu bahawa MA63 mesti dihormati manakala segala isi kandungan perjanjian ini wajib dilaksanakan mengikut persetujuan dalam dokumen berkenaan,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

Advertisement
Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Darau mengulas kenyataan media Timbalan Presiden BN itu pada Konvensyen BN Sabah yang berlangsung di ITCC Penampang, Sabtu lalu.

“Isu MA63 ini sudah terlalu lama…..Pelbagai alasan yang tidak munasabah sama sekali digunakan untuk mengelak melaksanakan perjanjian ini.

Advertisement
“Saya tidak nampak keperluan untuk memperbaharui perjanjian tersebut,” katanya. Azhar berkata, seluruh pucuk kepimpinan Parti Warisan selaku parti memperjuangkan hak-hak Sabah membantah sekeras-kerasnya cadangan untuk memperbaharui MA63 ini.

“Ini digunakan hanya sekadar ‘gula-gula’ politik baharu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU15) dijangka berlaku tidak lama lagi,” katanya.

Azhar menasihatkan Tok Mat selaku Timbalan Presiden Umno menyelesaikan terlebih dahulu masalah Perhimpunan Agung Tahunan Umno yang masih tidak dapat diselesaikan sehingga kini, sebelum mencadangkan perkara tersebut. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here