Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kunak kehabisan minyak masak paket bersubsidi
Published on: Wednesday, July 06, 2022
Published on: Wed, Jul 06, 2022
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Kunak kehabisan minyak masak paket bersubsidi
HANYA minyak masak dalam botol dijual di pasaran di Kunak, pada Selasa.
KUNAK: Pengguna di daerah ini sukar mendapatkan bekalan minyak masak paket bersubsidi 1kg apabila kebanyakan premis di Pekan Kunak tidak menjual produk tersebut dalam tinjauan pada Selasa.

Tinjauan Harian Ekspres mendapati kebanyakan premis perniagaan termasuk pasaraya dan kedai runcit hanya menjual minyak masak sawit dalam botol berkapasiti 2kg, 3kg, dan 4kg, dan lain termasuk minyak jagung dan minyak bunga matahari.

Advertisement
Jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Semporna berkata pihaknya akan mengambil tindakan berhubung perkara itu bagi memastikan pengguna boleh mendapatkannya di pasaran dalam masa terdekat.

“Tindakan telah diambil oleh Unit Bekalan bagi mengatasi isu minyak masak bersubsidi. Disebabkan permintaan tinggi oleh pengguna, premis perniagaan di Kunak kehabisan bekalan itu,” katanya ketika dihubungi Harian Ekspres pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, berdasarkan laporan harian mengenai kedudukan bekalan semasa setakat 4 Julai (Isnin), hanya terdapat 1,234 paket minyak masak bersubsidi 1kg di pasaran.

Katanya, jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung keperluan semasa dan permintaan daripada pengguna khususnya.

Advertisement
“Disebabkan permintaan yang tinggi, bekalan cepat habis,” katanya. Laporan yang dikeluarkan oleh Unit Kawalan Bekalan Harga & Antipencatutan KPDNHEP juga menyenaraikan sejumlah 2,116 minyak masak dalam botol yang dipantau harganya berada di pasaran di daerah Kunak, pada Isnin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here