Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Keputusan surat wakil Peter Anthony 9 Ogos
Published on: Wednesday, July 06, 2022
Published on: Wed, Jul 06, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Keputusan surat wakil Peter Anthony 9 Ogos
Kota Kinabalu: Keputusan surat wakil oleh bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Datuk Peter Anthony yang didakwa atas lima pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM8.75 juta dan bersubahat dengan peguam melakukan pecah amanah jenayah, bakal diketahui pada 9 Ogos ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menetapkan tarikh itu untuk Peter apabila kesnya dibawa untuk sebutan pada Selasa.

Advertisement
Mahkamah turut menetapkan tarikh sama untuk Persius Henry Bolutong @ Micheal Persius yang juga sedang menunggu keputusan surat wakilnya daripada Peguam Kanan Persekutuan. Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan mahkamah bahawa surat wakil daripada pihak-pihak berkenaan masih belum selesai.
Mengenai permohonan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berhubung untuk membatalkan semua pertuduhan terhadap Peter, Haresh berkata Mahkamah Tinggi menetapkan 29 Ogos untuk sebutan melalui Zoom.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada 1 Mac 2021, Abu telah menolak permohonan Peter untuk membatalkan semua pertuduhan terhadapnya.

Atas pertuduhan pertama hingga kelima, Peter, 50, dituduh menerima hasil haram daripada sebuah syarikat antara 25 Julai 2014 dan 18 Januari 2016.
Advertisement
Wang itu didakwa dipindahkan dari syarikat itu ke dalam akaun bank syarikat lain.

Kesalahan itu termaktub di bawah Akta Pencegahan. Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan.Hasil daripada Aktiviti Haram 2004.

Advertisement
Peter juga didakwa bersubahat dengan Michael, 64, yang merupakan seorang ejen Risda, yang mengamanahkannya sejumlah RM15,545,400 yang dibayar melalui cek.

Cek itu kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun milik firma guaman Michael dan wang itu adalah untuk bayaran 10 peratus daripada harga jualan ladang kelapa sawit seluas 6,768,688 ekar di Sungah Pinangah dan Sungai Labau di Tongod.

Pertuduhan menyatakan bahawa Michael secara tidak jujur melepaskan hartanah itu, yang melanggar kontrak dengan Risda, akibat daripada bersubahat antara Michael dan Peter. Insiden itu didakwa berlaku antara 22 Julai 2014 dan 19 November 2015 di firma guaman Michael di Beverly Hills, Penampang.

Peter dan Micheal tidak hadir di mahkamah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here