Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dani UAJ johan futsal Piala Ketua Armada Sabah 2022
Published on: Thursday, July 07, 2022
Published on: Thu, Jul 07, 2022
Text Size:
Text:
Dani UAJ johan futsal Piala Ketua Armada Sabah 2022
PASUKAN Dani UAJ bersama piala dan hadiah yang mereka menangi.
Kota Kinabalu: Pasukan Dani UAJ muncul sebagai johan Pertandingan Futsal Terbuka Silaturahim Piala Ketua Armada Sabah 2022 yang berlangsung di Arena Futsal Yayasan Sabah (YS), baru-baru ini.

Selain piala pusingan, Dani UAJ turut membawa pulang hadiah tunai RM10,000. Naib johan dan hadiah tunai RM5,000 dimenangi oleh pasukan Vamos Old KK.
Advertisement
Tempat ketiga disandang oleh Gold Lion KK yang menerima RM2,500, manakala tempat keempat, Perdana Libaran, menerima RM1,500.

Penjaring Terbanyak dimenangi oleh Non Tawat dari Thailand yang mewakili Pasukan Gold Lion A. Penjaga Gol Terbaik disandang oleh Aiman Fikry dari Pasukan Dani UAJ dari Negeri Sembilan. Sementara Pemain Terbaik dimenangi oleh Kisshaen Ananthan dari Pasukan Vamos Old KK.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kejohanan itu yang disertai sebanyak 64 pasukan, dirasmikan oleh Ketua Armada Bersatu Sabah, Fairuz Renddan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pintasan.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Setiausaha Armada Sabah, Khazaruddin Kahar dan Naib Ketua Armada Penampang, Fareed Sham.

Advertisement
Pertandingan selama dua hari itu dianjurkan oleh Armada Bersatu Sabah dan Kelab Rekeasi dan Pemotoran Borneo Transtar Sabah, dengan kerjasama Kurakura Azzo Transport and Logistic dan Craze Studio.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here