Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jualan produk tak berdaftar: Syarikat didenda RM6,000
Published on: Thursday, July 07, 2022
Published on: Thu, Jul 07, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Jualan produk tak berdaftar:  Syarikat didenda RM6,000
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat didenda RM6,000 kerana menjual pensanitasi tangan yang tidak berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan tidak mempunyai label.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu kepada C-Care Enterprise Sdn Bhd selepas wakilnya mengaku kepada dua pertuduhan terhadap syarikat itu.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, syarikat itu diperintah membayar RM3,000 kerana mempunyai dua jenis pensanitasi tangan tidak berdaftar iaitu 30 unit Cool Day’s Original Instant dan dua unit Nake Hand Sanitizer pada pukul 10.30 pagi 23 Mac 2021 di premis syarikat di Wisma Telipok Ria Fasa 2, Telipok.

Kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan kedua, syarikat itu didenda RM3,000 lagi kerana menjual empat jenis pensanitasi tanpa notifikasi di tempat dan hari yang sama.

Pensanitasi tersebut ialah 26 unit Instant Hand Sanitiser Natural, 21 unit Sopami Instant Hand Sanitisers, 23 unit Heaven Dove (Moist Care) dan 31 unit Heaven Dove (Lavender Essence).

Advertisement
Semasa rayuan, wakil syarikat melalui peguamnya, meminta hukuman ringan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Advertisement
Syarikat membayar denda itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here