Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Remaja didakwa edar hampir 200g syabu
Published on: Friday, July 08, 2022
Published on: Fri, Jul 08, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Remaja didakwa edar hampir 200g syabu
Kota Kinabalu: Seorang penganggur berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Khamis atas pertuduhan mengedar 194.57 gram syabu.

Md Safree Md Jan didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10 pagi 23 Jun tahun ini di Weng Bee Guest House/Homestay, Kg Sendil, Putatan.
Advertisement
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Safree, yang hadir di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan kimia dan membantah jaminan terhadap Safree kerana pertuduhan  itu tidak mempunyai peruntukan untuk jaminan.

Lovely menetapkan 24 Ogos untuk sebutan dan memerintah Safree ditahan reman lanjut. Dalam kes lain, tiga orang didenda selepas mereka mengaku bersalah secara berasingan kerana terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian.

Advertisement
Binjamin Esmani, 40, didenda RM1,000 atau penjara seminggu kerana bermain judi dalam talian menggunakan telefon bimbit pada jam 8.20 malam 4 April di Blok D, Kg Kopungit.

Darmawaty Ramang, 25, turut didenda RM1,000 atau penjara seminggu kerana melakukan kesalahan serupa pada jam 4.30 petang 6 Feb lepas di Jalan Bandaran di sini.

Advertisement
Siti Suraya Lino didenda RM900 atau penjara sebulan kerana bermain ‘Kiss918’ pada telefon bimbitnya pada pukul 6.35 petang 11 Mei di Kg Warisan, Inanam.

Binjamin dan Darmawaty hadir di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie manakala Siti di hadapan Majistret Lovely.

Mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang warga Indonesia dipenjara 10 bulan kerana melupuskan telefon bimbit yang dicuri.

Pekerja restoran Yuda Fitrianto, 36, mengaku melupuskan gajet curi milik Franklyn D. Jikunan itu pada jam 8 malam 29 Jun lalu di Inanam. Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa telefon bimbit itu dilaporkan dicuri pada 15 Jun.

Yuda didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Inspektor Kelvan Elson Maik dan Suzie @ Stephanie Kupit.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here