Kota Kinabalu: Pakatan Harapan (PH) Sabah telah mengemukakan usul menjadikan bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa rasmi kedua Sabah dan penubuhan semula Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) Perjanjian Malaysia pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 18 hingga 21 Julai ini. Tidak seperti di semenanjung yang hanya perlu menggunakan Bahasa Malaysia di mahkamah majistret dan mahkamah sesyen, dengan peguam dibenarkan membuat penghujahan dalam kedua-dua bahasa di mahkamah tinggi.Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Seri Awang Sariyan menggesa mereka yang tidak menghormati bahasa kebangsaan didenda RM50,000 atau penjara manakala Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam mempertimbangkan langkah-langkah hukuman untuk memaksa penggunaan Bahasa Malaysia dalam perkhidmatan awam.





