Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wanita didakwa hina Islam di kelab komedi ditahan
Published on: Sunday, July 10, 2022
Published on: Sun, Jul 10, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Wanita didakwa hina Islam di kelab komedi ditahan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang wanita yang dipercayai menghina agama Islam sewaktu membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di sini.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata wanita itu direman tiga hari hingga 12 Julai ini.

Advertisement
"Ketika ini, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Brickfields dan siasatan masih diteruskan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Noorsiah berkata PDRM sedang menyiasat insiden itu yang tular di media sosial dan mendapat respons negatif masyarakat khususnya umat Islam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat) oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here