Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kerja pulih bekalan sedang giat dilaksana: Sabah Electricity Sdn Bhd
Published on: Monday, July 11, 2022
Published on: Mon, Jul 11, 2022
Text Size:
Text:
Kerja pulih bekalan sedang giat dilaksana: Sabah Electricity Sdn Bhd
Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah menghantar pasukan teknikalnya dengan bantuan kontraktor yang dilantik untuk melakukan kerja pemulihan bekalan berikutan insiden bekalan elektrik terputus akibat angin kencang dan hujan lebat di banyak bahagian di Sabah.

Antara kawasan yang dikenal pasti mengalami gangguan bekalan akibat kejadian ini adalah di sekitar Kota Kinabalu, Papar, Keningau, Tenom, Kota Belud, Kudat dan Labuan.

Advertisement
Kakitangan teknikal SESB yang sedang bercuti menyambut Hari Raya Aidiladha turut diarah membantu dan mempercepatkan proses pemulihan bekalan elektrik di kawasan terjejas.

“Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu, kami mempunyai pasukan kami memantau bekalan kuasa sepanjang masa,” kata Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Idris Mohd Noor, dalam satu kenyataan, di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata angin kencang dan hujan lebat yang melanda kawasan di Pantai Barat dan Pedalaman Sabah sejak Jumaat lalu menyebabkan tiang dan pokok tumbang, hakisan tanah dan banjir kilat di beberapa kawasan.

“Kejadian ini juga mengakibatkan banyak pepasangan SESB mengalami kerosakan teruk dan seterusnya mengakibatkan gangguan bekalan elektrik kepada pengguna,” katanya.

Advertisement
“Pasukan siaga sentiasa bertugas untuk mengambil tindakan pembetulan terhadap semua aduan yang meningkat mendadak berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu dan keutamaan kerja-kerja pemulihan ini diberikan kepada tempat-tempat kritikal seperti hospital dan juga yang melibatkan keselamatan pengguna,” katanya. Beliau menasihatkan pengguna supaya tidak menyentuh wayar elektrik yang jatuh ke tanah atau berjuntai bagi mengelak renjatan elektrik.

Advertisement
“Orang ramai juga dinasihatkan menjauhi takungan air yang menenggelamkan kabel bawah tanah SESB bagi mengelak sebarang kebocoran semasa,” katanya.

Mereka yang menghadapi gangguan bekalan elektrik, gangguan bekalan atau tiang elektrik tumbang boleh menghubungi SESB Careline di talian 15454, 088-51500 atau melalui aplikasi WhatsApp 019-8525427.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here