Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Budak lelaki ditemukan lemas, seorang masih hilang
Published on: Monday, July 11, 2022
Published on: Mon, Jul 11, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Budak lelaki ditemukan lemas, seorang masih hilang
Yusoff berkata mayat Muhammad Qays Izhar Abd Halim ditemukan penduduk kampung dan pasukan operasi mencari dan menyelamat pada 10.30 pagi, kira-kira 70 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.
Kota Kinabalu: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Kuridak Gadong, Beaufort Sabtu lepas ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas dalam parit di kawasan kampung itu pagi Ahad.Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Yusoff Zaki berkata mayat Muhammad Qays Izhar Abd Halim  ditemukan penduduk kampung dan pasukan operasi mencari dan menyelamat pada 10.30 pagi, kira-kira 70 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Advertisement
“Kita menerima laporan kehilangan kanak-kanak berkenaan pukul 10.30 pagi semalam dan sejurus selepas itu operasi mencari dan menyelamat membabitkan polis, bomba dan penduduk kampung dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Yusoff berkata mayat kanak-kanak itu telah dihantar ke unit forensik Hospital Beaufort untuk tindakan lanjut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, beliau berkata usaha masih dilakukan untuk mencari seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan yang dilaporkan hilang di Kampung Batu 66, Beaufort Sabtu lepas.

“Mangsa dikhuatiri jatuh di sungai atau hilang di hutan selepas keluar dari rumah. Usaha pencarian sedang giat dijalankan oleh pasukan polis dan bomba dengan bantuan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9),” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here