Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
PBS kekal pilihan utama rakyat Matunggong: Julita
Published on: Monday, July 11, 2022
Published on: Mon, Jul 11, 2022
Text Size:
Text:
PBS kekal pilihan utama rakyat Matunggong: Julita
KUDAT: Parti Bersatu Sabah (PBS) terus mendapat sambutan dan menjadi pilihan utama rakyat termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong, Datuk Julita Majungki.

Menurut beliau, seramai 33 orang daripada kalangan anak muda menyerahkan borang permohonan untuk menyertai parti itu menerusi tiga cawangannya dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lodung.

Advertisement
Julita menerima borang-borang permohonan tersebut pada Majlis Kesyukuran PDM Lodung, yang diadakan susulan kejayaan parti memenangi PDM itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) yang lalu.

Julita yang juga Setiausaha Agung PBS berkata, ini menunjukkan PBS kekal menjadi pilihan anak muda memandangkan rekod dan imej perjuangan membela rakyat dan negeri Sabah yang sudah terbukti.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera PRN16 PBS di PDM Lodung yang diketuai Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Thomas Leong bersama jawatankuasanya, serta Jalinan Bersatu Wanita PBS Matunggong yang telah memenangkan parti di PDM tersebut.

“Saya gembira dan berterima kasih dengan komitmen kalian semua. Majlis kesyukuran yang tidak dapat diadakan kerana kekangan Covid-19 sebelum ini akhirnya dapat diteruskan pada hari ini,” katanya.

Advertisement
Dalam ucapannya, Julita juga menyatakan sokongan kepada kenyataan dan pendirian Presiden PBS mengenai cadangan dan langkah penubuhan Jawatankuasa Bipartisan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah. “Langkah dan keputusan ini amat penting agar kita dilihat serius, tegas dan telus dalam perkara ini,” kata Julita yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

Advertisement
Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa perjanjian baharu tidak diperlukan oleh rakyat dan negeri Sabah. “Perjanjian Malaysia telahpun dipersetujui dan ditandatangani oleh pejuang-pejuang lepas. Apa yang kita perlukan ialah keputusan dan tindakan berbentuk ‘intentional” daripada Persekutuan untuk memastikan hak-hak negeri Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tersebut dapat dilaksanakan,” tegasnya.

Beliau juga menyeru kepada rakyat Matunggong agar terus cekal dan berdiri menyokong perjuangan yang tulen selaras dengan hasrat seluruh rakyat untuk menegakkan keadilan keatas hak-hak negeri Sabah. “PBS adalah parti yang bersama-sama dengan rakyat melalui pahit manis dan pelbagai cabaran. Perjalanan sentiasa sukar tetapi kita kuatkan semangat demi negeri yang tercinta ini,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here