KUNAK: Pemandu sebuah Proton Saga Aeroback tersepit selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah Lori 10 tan di Jalan Kunak - Lahad Datu, berhampiran Kg.Ulu Madai di sini, petang Sabtu lepas.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kunak, Mohammad Omarbatha berkata, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan jam 5.28 petang menerusi talian balai.
Sepasukan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan EMRS Bomba yang diketuai PBK II Abdul Rasah Kaluang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya 11 kilometer dari Balai Bomba di sini.
Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.
“Mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak Bomba tiba di lokasi kejadian dan dihantar oleh ambulan ke Hospital Kunak,” katanya dalam kenyataan.
“Operasi itu ditamatkan jam 5.45 selepas mendapati tiada lagi kemerbahayaan lain”, katanya.