Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Talian penghantaran Sabah Electricity Sdn Bhd di Kg Tombovo diancam tanah runtuh
Published on: Wednesday, July 13, 2022
Published on: Wed, Jul 13, 2022
Text Size:
Text:
Talian penghantaran Sabah Electricity Sdn Bhd di Kg Tombovo diancam tanah runtuh
LERENG bukit runtuh berhampiran manara talian penghantaran SESB di Kg Tombovo, Putatan.
Kota Kinabalu: Pihak kerajaan diminta campur tangan dalam menyelesaikan isu tanah runtuh berhampiran tapak menara talian penghantaran Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di jalan Kampung Tombovo, Putatan, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah, berkata sudah banyak aduan dibuat sama ada melalui penduduk setempat maupun JPKK/MPKK sejak beberapa tahun lalu namun tiada tindakan penyelesaian jangka panjang dilakukan oleh SESB.

Advertisement
Menurut beliau, apa yang dilakukan oleh SESB hanyalah meletakkan kanvas untuk melindungi lereng bukit yang runtuh.

“Kanvas ini tidak akan mengelakkan hakisan tanah tersebut pada musim hujan kerana ia bertindak sebagai langkah pencegahan jangka pendek sahaja.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya mendapat laporan daripada penduduk kampung bahawa runtuhan baharu berlaku semalam dan kanvas tersebut terselak.

“Situasi ini amat membimbangkan kerana kedudukan tiang menara tersebut terletak hanya beberapa meter dari kawasan runtuhan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Advertisement
Awang, yang juga Ketua Penerangan Parti Warisan, menambah, malapetaka mungkin akan berlaku jika menara tersebut tumbang. “Ia akan mengakibatkan gangguan bekalan elektrik pada skala besar,” katanya.

Advertisement
Lokasi itu terletak betul-betul di tepi jalan yang merupakan jalan pintas dari jalan Penampang - Papar ke Putatan dan mempunyai kepadatan penduduk lebih dari 3,000 orang selain berhampiran kem Lok Kawi. “Memandangkan banyak aduan sudah dibuat tapi tiada tindakan yang holistik daripada pihak SESB, pihak kerajaan harus campur tangan demi kebaikan bersama,” tegas Awang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here