Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pembonceng wanita maut selepas motor dirempuh
Published on: Wednesday, July 13, 2022
Published on: Wed, Jul 13, 2022
By: Ibrahim Tabir, R Gonzales
Text Size:
Text:
Pembonceng wanita maut selepas motor dirempuh
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kejadian di Tuaran.
KUNAK: Seorang pembonceng wanita berumur 38 tahun maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh oleh sebuah Proton X70 di KM10, Jalan Kunak - Tawau, petang Isnin.Warga Indonesia itu, yang dikenal pasti sebagai Rina Samo, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Kunak, Superintenden Sabarudin Rahmat berkata, penunggang motosikal yang juga suami mangsa, 39, mengalami luka di tapak tangan kanan dan kecederaan di kaki kiri.

Sementara itu, seorang anak lelakinya berusia 7 tahun yang juga membonceng motosikal itu turut cedera di kepala dan muka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, Proton X70 tersebut sedang dalam perjalanan dari arah Tawau menuju ke Pekan Kunak, sementara motosikal itu menuju ke Kg Cenderawasih dari arah Giram.

KEADAAN di lokasi kemalangan di Kunak. – Gambar ihsan PDRM

“Setiba di lokasi kejadian, kereta Proton itu memintas sebuah kenderaan, dan dalam masa sama motosikal tersebut yang berada di hadapan kenderaan dipintas itu sedang membelok ke kanan untuk masuk ke satu simpang, menyebabkan ia dirempuh oleh Proton itu.

Advertisement
“Akibat perlanggaran, penunggang motosikal tercampak ke bahu kanan jalan, sementara dua pemboncengnya (isteri dan anak) diseret oleh Proton itu,” katanya, menambah pemandu dan seorang penumpang Proton itu tidak cedera.

Pemandu Proton itu ditahan bagi membantu siasatan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Advertisement
Sementara itu, di TUARAN, seorang lelaki bernasib baik hanya cedera ringan selepas kereta dipandunya merempuh tiang elektrik di Kampung Marabahai di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, mangsa berusia 42 tahun itu dilaporkan dalam keadaan lemah ketika ditemui di bahagian pemandu sebuah kereta pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.52 malam.

Katanya, seramai enam anggota bergegas ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, kereta terbabit ditemui di bahu kiri jalan dan terdapat seorang mangsa sebelum pasukan bomba bertindak mengeluarkannya.

“Mangsa dilaporkan selamat dan didapati mengalami beberapa luka di anggota badan sebelum menjalani rawatan awal,” katanya.

Menurut Abdul Qawie, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tuaran untuk menjalani rawatan lanjut.

“Pihak bomba seterusnya menjalankan pemeriksaan kenderaan dan lokasi bagi mencegah bahaya lain sebelum operasi ditamatkan jam 12.25 tengah malam.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian dalam siasatan pihak polis,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here