Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiada lesen: Pemilik kedai vape didenda RM3,000
Published on: Wednesday, July 13, 2022
Published on: Wed, Jul 13, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Tiada lesen: Pemilik kedai vape didenda RM3,000
Kota Kinabalu: Seorang pemilik kedai vape didenda RM3,000 atau penjara dua minggu kerana menjual 10 jenis cecair untuk rokok elektronik (vape) mengandungi bahan racun tanpa lesen.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hisam Maslim, 40, yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya pada Selasa.

Advertisement
Mohd Hisam didapati menjual cecair tersebut iaitu tiga botol Ais Batu Campur, tiga botol Sumandak Juice Choco Susu, satu botol Sumandak Juice Honeydew Lemonade, satu botol Jambu 888, enam botol Blueberry Jem Ice, tiga botol Mr Juicer Apple Flame , 10 botol Mr Juice Mix Berry, empat botol Ric Co. Pink Guava Salt, tiga botol Ric Co. Mango Crush Salt dan 13 botol Liberty Mango Lassi.

Semua cecair itu mengandungi bahan racun iaitu nikotin yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu berlaku pada jam 3 petang pada 20 Ogos 2019 di Angkol AV Mobile di Grace Square PH 11 di Sembulan, dekat sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000, atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Dalam kes lain, sebuah syarikat turut diarah membayar RM3,000 kerana mempunyai produk jualan mengandungi racun tanpa lesen.

Hukuman itu dijatuhkan kepada Hua Hing Dried & Frozen Seafood selepas wakilnya mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu. Syarikat itu memiliki 600 biji Hamer 37F82K Ginseng & Coffee mengandungi bahan racun iaitu Tadalafil tanpa lesen pada jam 2.30 petang 9 Okt 2019 di premis syarikat di Kompleks Sedco di sini.

Advertisement
Semasa rayuan, wakil itu meminta hukuman ringan kerana ia adalah kesalahan pertama syarikat.

Wakil itu juga memberitahu mahkamah bahawa mereka tidak tahu produk itu tidak boleh dijual. Pihak pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here