Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna gagalkan cubaan seludup 9,690 paket minyak masak
Published on: Thursday, July 14, 2022
Published on: Thu, Jul 14, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna gagalkan cubaan seludup 9,690 paket minyak masak
ANTARA kotak mengandungi minyak masak paket yang dirampas.
Kota Kinabalu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah mematahkan cubaan menyeludup keluar 9,690 peket minyak masak bersubsidi satu kilogram (kg) ke negara jiran dianggarkan bernilai RM24,225.

Pengarahnya Georgie Abas berkata dalam serbuan di Sungai Kolapis, Beluran Selasa lalu, pihaknya turut merampas 5,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM10,750 juga dipercayai untuk diseludup keluar.

Advertisement
Katanya sebuah tangki dan sebuah kapal yang digunakan dalam kegiatan penyelewengan itu turut dirampas dalam serbuan yang dijalankan bersama Batallion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran, hasil risikan selama tiga minggu.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1,904,975,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Georgie berkata seorang lelaki tempatan berumur 20-an yang dipercayai penjaga kapal turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 20 (1) dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Berdasarkan keterangan awal, penjaga kapal itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan,” katanya.

Advertisement
Dalam pada itu, menurutnya sebanyak 23 kes dikesan termasuk kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta Akta Kawalan Bekalan 1961 dalam Operasi Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM) Fasa Satu dan Dua, sehingga Selasa lalu. “KPDNHEP komited melaksanakan tindakan mengawal selia bekalan serta harga barang kawalan dan keperluan asas seperti ayam, telur dan minyak masak di setiap peringkat rantaian melalui pemeriksaan Op ATM,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here