Kota Kinabalu: Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) menawarkan 300 rakyat Sabah peluang dalam ekonomi gig di bawah program yang diberi nama #BIZRIDER300 di mana setiap mereka menerima sebuah motosikal Modenas Kriss 110MF.Satu kerjasama strategik dengan Foodpanda, program ini terbuka kepada mereka yang tidak bekerja berumur 18 hingga 40 tahun yang tinggal di kawasan bandar, membolehkan mereka memperoleh pendapatan melalui sektor penghantaran makanan.
Motosikal itu juga akan diagihkan secara berperingkat kepada belia di pantai timur.
Advertisement





