Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penduduk Pulau Gaya, Tanjung Aru Lama terjejas fenomena air pasang besar
Published on: Friday, July 15, 2022
Published on: Fri, Jul 15, 2022
Text Size:
Text:
Penduduk Pulau Gaya, Tanjung Aru Lama terjejas fenomena air pasang besar
SALAH satu rumah yang terjejas oleh air pasang besar di perkampungan air Tanjung Aru Lama.
Kota Kinabalu: Air pasang besar dan ombak kuat menjejaskan penduduk Pulau Gaya dan Tanjung Aru Lama, pada Khamis.

Selepas meninjau sendiri di tempat kejadian pada Khamis, Adun Tanjung Aru Datuk Junz Wong berkata “Sebilangan rumah rosak dan jambatan runtuh akibat ombak kuat.”

Advertisement
Disebabkan air pasang yang diramalkan berlarutan sehingga Ahad ini, beliau berharap anggota keselamatan akan meningkatkan usaha bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Selain itu, beliau menggesa kerajaan untuk segera memperuntukkan dana untuk membantu mangsa air pasang besar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Air pasang yang lebih tinggi dijangka di seluruh negara hingga Ahad, menurut Bernama.

Ia memetik ciapan Pusat Hidrografi Nasional (PHN) bahawa fenomena itu disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan matahari.

Advertisement
Dalam laman Facebooknya, PHN memberi nasihat kepada orang ramai supaya sentiasa memerhatikan cuaca dan menghubungi agensi yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat mengenai keselamatan pantai.

“Penduduk yang tinggal berdekatan dengan pantai digesa supaya berhati-hati dengan kejadian ini. Sila pantau keadaan cuaca dan semak dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk butiran keselamatan kawasan pantai,” katanya.

Advertisement
Pada Khamis, satu video yang dikatakan menunjukkan satu bahagian bumbung Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu diterbangkan angin kencang, tular di media sosial.

Ketika laporan ini ditulis, kebenarannya tidak dapat disahkan tetapi semakan di laman web Jabatan Meteorologi mendedahkan bahawa ribut petir, angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di pantai barat Sabah sehingga 15 Julai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here