Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pegawai penguatkuasa APMM didakwa terima sogokan
Published on: Friday, July 15, 2022
Published on: Fri, Jul 15, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Pegawai penguatkuasa APMM didakwa terima sogokan
Kota Kinabalu: Seorang penjawat awam berusia 29 tahun didakwa menerima rasuah RM1,500 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap sebuah bot dan seorang pengadu yang memiliki lesen bot yang sudah tamat tempoh.

Jazul Abdullah mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, kepada pertuduhan terhadapnya pada Khamis.

Advertisement
Jazul, selaku pegawai penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), didakwa menerima suapan daripada Leonard Lee Yin Leong, sebagai ganjaran untuk tidak mengambil tindakan terhadap bot tersebut dan pengadu yang memiliki lesen bot tamat tempoh pada jam 7.30 malam 17 Mac 2021, di tempat letak kereta di pejabat Perbadanan Pinjaman Sabah di Alamesra, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 6 Sept untuk pengurusan kes pra-perbicaraan, dan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM8,000 berdeposit RM3,000 dan seorang penjamin tempatan sementara menunggu pelupusan kesnya.

Jazul juga diperintah melapor diri di pejabat SPRM di sini dua bula sekali dan pasportnya, jika ada, disimpan oleh mahkamah.

Advertisement
Mahkamah turut memberi amaran kepada Jazul supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom hadir untuk pendakwaan manakala Jazul tidak diwakili.

Advertisement
Sementara itu, sebuah syarikat didenda sejumlah RM6,000 kerana mempunyai produk tidak berdaftar.

Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abdul Samad menjatuhkan hukuman itu kepada Oni Global (Malaysia) Sdn Bhd selepas wakilnya mengaku kepada dua pertuduhan terhadap syarikat itu.

Bagi pertuduhan pertama, syarikat itu didenda RM3,000 kerana memiliki 12 unit Trimax Omega-3 Fish Oil yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan, pada pukul 12 tengah hari 4 Mei 2021 di premis syarikat di kompleks beli-belah Suria Sabah, di sini.

Bagi pertuduhan kedua, syarikat itu diperintah membayar denda RM3,000 kerana mempunyai 13 unit produk tidak berdaftar sama di premis syarikat di 1Borneo Hypermall, dekat sini.

Pendakwaan kes dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Lim Lay Peng dari Jabatan Farmasi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here