KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan peluang pekerjaan dalam kalangan belia bagi mengurangkan kadar pengangguran.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, antara inisiatif baharu yang dilaksanakan adalah Program Youth Career (Y-Career) dan Skill for Youth (S-4-Y) yang merupakan satu platform padanan kerja dan latihan intensif bersama pihak industri dengan jaminan pekerjaan kepada belia.





