Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Regatta Lepa diteruskan sebagai acara tahunan
Published on: Monday, July 18, 2022
Published on: Mon, Jul 18, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Regatta Lepa diteruskan sebagai acara tahunan
Juhar menyempurnakan gimik perasmian dengan memalu gong sebanyak tiga kali sambil disaksikan oleh Jafry (kiri).
SEMPORNA: Regatta Lepa atau sambutan pesta air dan perahu berhias akan diteruskan sebagai acara tahunan bagi menarik kemasukan pelancong terutama dari luar negara.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata sambutan yang terhenti selama dua tahun akibat pandemik Covid-19 itu, merupakan sebahagian daripada kalendar pelancongan negeri dan akan diadakan lebih meriah selepas ini termasuk menjemput peserta dari luar negara.

Advertisement
Beliau berkata Regatta Lepa yang berlangsung selama dua hari berakhir pada Ahad juga mampu memainkan peranan penting untuk meningkatkan ekonomi masyarakat setempat yang terlibat dalam penganjuran sambutan tersebut.

“Regatta Lepa ini menjadi program yang dinanti-nantikan pelancong dalam dan luar negara, ini sekali gus memberi manfaat dan kesan positif kepada pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat setempat,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, beliau menyaksikan acara sukan laut, perarakan lepa atau perahu cantik dan lepa berhias Regatta Lepa ke-27 di sini yang turut disaksikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Sementara itu, Jafry berkata pihaknya juga dalam proses mewujudkan satu perkampungan budaya sebagai satu tarikan baharu sektor pelancongan di Sabah dan permohonan bagi inisiatif itu telah dibuat kepada  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Advertisement
“Tempatnya (lokasi perkampungan) akan ditentukan nanti. Sabah yang memiliki kepelbagaian budaya perlu dijaga dan diwarisi untuk generasi seterusnya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here